Anjung Kasih YKN

Anjung Kasih merupakan rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan dengan berkonsepkan selesa, selamat dan berkualiti. Anjung Kasih YKN yang pertama diwujudkan di Hospital Selayang, Selangor. Pada masa ini Anjung Kasih telah diwujudkan di lokasi berikut:

1. Hospital Selayang, Selangor

2. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang

3. Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak

4. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang

5. Hospital Miri, Sarawak

6. Hospital Sibu, Sarawak

7. Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan

8. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

9. Hospital Serdang, Selangor

10. Hospital Pulau Pinang

11. Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

12. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah