Anjung Kasih YKN

Anjung Kasih merupakan rumah penginapan sementara untuk golongan yang memerlukan khususnya ahli-ahli keluarga yang kurang berkemampuan tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan dengan berkonsepkan selesa, selamat dan berkualiti. Anjung Kasih YKN yang pertama diwujudkan di Hospital Selayang, Selangor. Pada masa ini Anjung Kasih telah diwujudkan di lokasi berikut:

i. Hospital Selayang

ii. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan 

iii. Hospital Umum Sarawak

iv. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

v. Hospital Miri

vi. Hospital Sibu

vii. Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

viii. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

ix. Hospital Serdang

x. Hospital Pulau Pinang