Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Sesawang Yayasan Kebajikan Negara (YKN).  Laman Sesawang YKN ini merupakan gerbang kepada penyampaian maklumat mengenai visi, misi dan objektif kewujudan YKN serta perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai secara amnya dan kumpulan sasar khususnya.

Di zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini, Laman Sesawang YKN memainkan peranan penting sebagai penghubung di antara YKN dengan semua pemegang amanah dan rakan-rakan strategik.

Saya berharap ianya akan menjadi pemangkin kepada rakan-rakan YKN untuk terus tampil berganding bahu bersama YKN menyantuni kumpulan sasar yang memerlukan bantuan. Laman Sesawang ini juga berperanan menyalurkan maklumat terkini dengan lebih mudah dan pantas kepada semua peringkat dengan lebih efektif dan berkesan.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian anda melayari Laman Sesawang YKN ini dan saya berharap agar dengan Laman Sesawang YKN ini akan terus menjadi penyebab lebih ramai rakyat Malaysia tampil untuk menyokong usaha murni YKN dalam menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Kebajikan Negara